selamat datang sume!



Khamis, 28 Oktober 2010

salam sume...
saya nk kongsikn besame anda tentang:~

KELEBIHAN SURAH2 DI BAWAH INI..

Sememangnya terdapat banyak hadith yang menceritakan kelebihan surah-surah tertentu.Semua hadith berikut telah diyakini bukan tergolong dalam hadtih dho'if jauh sekali hadith maudhu' :-

SURAH AL-FATIHAH
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sebaik-baik Al-Quran adalah ......(iaitu surah al-Fatihah)".  (H.R. Baihaqi)

SURAH AL-BAQARAH
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu keana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah."  (H.R. Al-Hakim)

SURAH AL-KAHFI
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."  (H.R. al-Baihaqi)

SURAH YASIIN
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di permulaan hariakan dipenuhi hajat pada hari itu."  (H.R. Al-Darimi)

SURAH AL-DUKHAN
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi."   (H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-MULK
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)."   (H.R, al-Nasai')

SURAH AL-KAFIRUN
Sabda rasulullah s.a.w. ,"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik."   (H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-IKHLASH 
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca .....(surah Al-Ikhlash) seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran."  (H.R. al-Tirmidzi)

Wallaahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan